ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVVII - PERKARA AM



Seksyen 208. Seseorang yang terpaksa di sisi undang-undang mengemukakan suratan kepada pegawai agama meninggalkan daripada berbuat demikian.

Barang siapa yang terikat di sisi undang-undang supaya mengemukakan atau menyerahkan sesuatu dokumen kepada seseorang pegawai agama, sebagai yang demikian, dengan sengaja meninggalkan daripada mengemukakan atau menyerahkannya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau dengan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit atau dengan kedua-duanya sekali; atau, jika dokumen itu dikehendaki supaya dikemukakan atau diserahkan kepada Mahkamah, hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.