ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGlAN XIX - PEMBAHAGIAN MENGIKUT KADAR



Seksyen 186. Hasil jualan dibahagikan mengikut kadar kepada semua dain penghakiman.

Jika aset dihasilkan melalui penjualan atau selainnya dalam pelaksanaan sesuatu perintah atau penghakiman, dan sebelum penghasilan itu lebih daripada seorang telah menahan harta yang daripadanya aset itu telah dihasilkan daripada melaksanakan perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap madin penghakiman yang sama, dan yang belum mendapat penunaian baginya, aset itu hendaklah setelah ditolak kos perolehannya dibahagikan mengikut kadar di antara semua dain penghakiman itu dengan syarat bahawa-

(2) Jika semua atau mana-mana aset yang boleh dibahagikan mengikut kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seseorang yang tidak berhak menerimanya, orang yang berhak kepada aset itu boleh menuntut daripada orang tersebut supaya mengembalikan aset itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang atau menangguhkan apa-apa tuntutan yang sepatutnya diberi keutamaan di bawah undang-undang bertulis lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.