ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang Dokumen



Seksyen 70. Anggapan tentang buku, peta dan carta.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang dirujuk untuk mendapat maklumat mengenai Hukum Syara' atau apa-apa perkara yang ada kepentingan awam atau kepentingan am, dan bahawa mana-mana peta atau carta yang diterbitkan yang pernyataan di dalamnya itu adalah fakta relevan dan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan diterbitkan oleh orang dan pada masa dan di tempat yang ianya dinyatakan telah ditulis atau diterbitkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.