ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 142. Prosedur untuk rayuan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen 140 dan 141, mana-mana orang yang tidak berpuashati dengan apa-apa penghakiman, hukuman atau perintah yang telah dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di dalam satu kes atau perkara jenayah yang mana ia adalah satu pihak, boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah terhadap penghakiman, hukuman atau perintah berkenaan atas apa-apa kesilapan undang-undang atau fakta atau atas alasan hukuman yang dikatakan berlebihan beratnya atau mana-mana hukuman yang dikatakan tidak memadai, dengan memasukkan rayuan itu dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh penghakiman, hukuman atau perintah berkenaan dikeluarkan atau dibuat dengan memberi notis rayuan dalam lima salinan kepada Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah berkenaan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Tiap-tiap notis rayuan hendaklah mengandungi satu alamat di mana apa-apa notis atau dokumen berhubung dengan rayuan itu boleh diserahkan kepada perayu atau Peguam Syarienya.

(3) Apabila satu notis rayuan telah dimasukkan, Mahkamah yang dirayu itu hendaklah membuat satu salinan alasan keputusan yang bertandatangan di dalam kes itu dan menyebabkan disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya dengan meninggalkan salinan itu di alamat yang disebutkan di dalam notis rayuan atau menghantarkannya dengan pos berdaftar yang dialamatkan kepada perayu di alamat tersebut.

(4) Dalam tempoh sepuluh hari selepas alasan keputusan telah diserahkan seperti yang diperuntukkan di dalam subseksyen (3), perayu hendaklah memasukkan kepada Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di mana perbicaraan itu diadakan satu petisyen rayuan dalam lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(5) Jika perayu di dalam tempoh yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) untuk memasukkan notis rayuan memohon satu salinan nota-nota keterangan yang direkodkan oleh Hakim semasa perbicaraannya, ia hendaklah memfailkan petisyen rayuan seperti yang diperuntukkan di dalam subseksyen (4)
----
mengikut mana-mana tempoh yang lebih panjang.

(6) Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas kandungan keputusan yang dirayu dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas mengenai undang-undang atau fakta mengenainya rayuan terhadap hukuman Mahkamah itu dikatakan telah silap.


(7) (a) Jika perayu berada di dalam penjara, dia hendaklah dianggap telah memenuhi keperluan seksyen ini jika dia memberi kepada pegawai penguasa penjara notis rayuan sama ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang perlu dimasukkan di dalam petisyen rayuan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen ini dan membayar fee rayuan yang ditetapkan. (8) Jika sesuatu petisyen rayuan tidak dimasukkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah dianggap telah ditarik balik dan Mahkamah yang menjalankan perbicaraan hendaklah menguatkuasakan hukuman atau perintahnya jika mana-mana penangguhan perlaksanaan telah dibenarkan, tetapi tiada apa-apa yang terkandung di sini boleh dianggap menghadkan atau menyekat kuasa yang diberikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah oleh seksyen 144.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.