ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 15. Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja.

Apabila ada soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan sesuatu pengetahuan atau niat yang khusus, maka fakta bahawa perbuatan itu adalah satu daripada siri kejadian seumpamanya yang dalam tiap-tiap satunya orang yang melakukan perbuatan itu ada terlibat, adalah qarinah.

MISALAN

A telah ditugaskan menerima fitrah sebagai amil dari orang ramai. Adalah menjadi kewajipan A membuat catatan di dalam sebuah buku bagi menunjukkan banyaknya wang yang telah diterimanya. Ia membuat suatu catatan yang menunjukkan bahawa pada suatu masa tertentu ia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima olehnya.

Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja.

Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama adalah palsu, dan bahawa catatan palsu itu dalam tiap-tiap kes adalah menguntungkannya adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.