ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 88. Perintah khas mengenai harta.

(1) (a) Mahkamah boleh, jika memandang kepada taraf kehidupan anak itu, kepada nilai hartanya dan juga kepada segala hal keadaaan kes yang berkenaan adalah didapati bermunafaat supaya harta modal anak itu digunakan bagi menanggung nafkah pelajaran atau kemajuannya dan dengan cara untuk mengelakkan membuat permohonan kepada Mahkamah, bagi melantik seorang penjaga bagi harta anak itu, memerintahkan supaya segala harta anak itu, dan apa jenis pun, diletakkan dalam tangan seorang yang akan dilantik oleh Mahkamah, dengan kuasa penuh membuat apa-apa urusan dan untuk menggunakannya bagi maksud yang tesebut di atas menurut budibicaranya sendiri dan bebas dari apa-apa kawalan.
(2) Seorang yang dilantik sedemikian boleh diperintahkan oleh Mahkamah supaya mengemukakan akaun urusan yang dibuatnya mengenai harta anak itu.

(3) Mahkamah boleh, kerana suatu sebab yang berpatutan membatalkan apa-apa perintah, atau memansuhkan apa-apa perlantikan, yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) dan boleh melantik seorang lain dengan memberi kepadanya kuasa yang sama atau apa-apa kuasa yang lebih besar atau lebih kecil yang difikirkanya patut, atau boleh melantik seorang penjaga bagi harta anak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.