ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 55. Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai.

(1) Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah diterima sebagai pengakuan orang yang menulis atau yang melaksanakan dokumen itu.

(2) Sesuatu pengakuan melalui dokumen yang ditulis atau yang disebabkan ditulis oleh seseorang di bawah tandatangan atau meterainya dan diserahkan kepada orang lain hendaklah diterima sebagai iqrar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.