ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 79. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat.

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau sebagai alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuat wakaf atau nazr itu boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa adalah batal dan tak sah melainkan jika-
(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat, alang semasa marad-al-maut, wakaf atau nazr yang tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.

(4) Apa-apa wakaf atau nazr yang sah mengikut Enakmen terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.