ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 12. Kuasa penyiasatan.

(1) Mana-mana pegawai diberikuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat perbuatan melakukan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini.

(2) Setiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberikuasa untuk memberi apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau artikel lain yang berhubung dengan perbuatan melakukan sesuatu kesalahan itu yang adalah dalam kuasa orang itu untuk memberi hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat itu atau menyerahkan dokumen atau artikel lain itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.