ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN IV - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 65. Menuntut tunggakan nafkah.

(1) Tunggakan nafkah yang tak bercagar, sama ada kena dibayar menurut perjanjian atau di bawah sesuatu perintah Mahkamah, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pesakanya.

(2) Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.