ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Fasal 77. Jawatan kuasa Kaedah Mahkamah Syariah.

(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatan kuasa Kaedah Mahkamah Syariah bagi membuat kaedah-kaedah tentang tatacara Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Jawatan kuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah terdiri daripada –

(3) Ketua Pendaftar hendaklah menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan jawatankuasa itu.

(4) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(5) Semua kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.