ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 64. Anggapan tentang warta, akhbar dan dokumen lain.

Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Malaysia atau Warta Kerajaan Negeri, atau sebagai sebuah akhbar, jurnal atau majalah dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika dokumen itu disimpan pada asasnya secara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikeluarkan daripada simpanan yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.