ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM 1988


Tajuk Panjang & Mukadimah

SAYA PERKENANKAN,

TUN DATUK SERI UTAMA
SYED AHMAD AL-HAJ BIN SYED
MAHMUD SHAHABUDIN,
Yang di-Pertua Negeri,
Negeri Melaka
3hb. Jun, 1988

Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam.

BAHAWASANYA Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam:

DAN BAHAWASANYA adalah sekarang dikehendaki supaya diperbuat suatu undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam antara orang-orang yang menganuti agama Islam:

ADALAH DENGAN INI DIKANUNKAN oleh Kuasa Undangan Negeri Melaka seperti berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.