ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM
Darihal Hak Mempertahankan Persendirian



Seksyen 33. Hak mempertahankan persendirian terhadap serangan yang boleh menyebabkan kematian bila ada bahaya kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah.

Jika, pada menjalankan hak mempertahankan persendirian terhadap suatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan akan kematian, orang yang mempertahankan itu adalah sebegitu kedudukannya hingga ia tidak dapat menjalankan hak itu dengan secukupnya dengan tiada mendatangkan bahaya kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah, maka hak mempertahankan persendiriannya termasuklah mendatangkan bahaya itu.

MISALAN

A. diserang oleh sekumpulan perusuh yang mencuba hendak membunuhnya. Ia tidak dapat menjalankan hak mempertahankan persendiriannya dengan secukupnya dengan tidak melepaskan tembakan ke atas kumpulan perusuh itu, dan ia tidak dapat melepaskan tembakan itu dengan tiada mendatangkan bahaya kecederaan kepada kanak-kanak yang ada bergaul dalam kumpulan perusuh itu. A. tidaklah melakukan apa-apa kesalahan jika dengan melepaskan tembakan itu ia mencederakan mana-mana kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.