ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
PENJAGAAN KE ATAS ORANG DAN HARTA



Seksyen 102. Penjaga bagi anak yatim.

Jika bapa dan datuk lelaki seseorang kanak-kanak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, mana-mana penghulu, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu, atau mana-mana orang yang ada mempunyai kuasa-kuasa seorang Pelindung di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang-orang Muda 1947 [Akta 232], boleh menyebabkan kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta kanak-kanak itu, atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.