ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERNIKAHAN



Seksyen 30. Perakuan palsu dsb. untuk mendapatkan pernikahan.

Jika seorang, bagi maksud mendapatkan sesuatu pernikahan dilakukan di bawah Enakmen ini, dengan sengaja membuat ikrar atau perakuan palsu atau menandatangani notis atau ikrar atau perakuan palsu, manakala ikrar atau notis atau perakuan itu adalah dikehendaki oleh Enakmen ini, maka orang itu adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila dithabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.