ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991


JADUAL PERTAMA - Borang 26

BORANG 26
(Seksyen 169)

WARAN TANGKAP
(Kepala Am)

Kepada Bailif

BAHAWA telah ditunjukkan bagi memuaskan Mahkamah bahawa .................................... penghutang penghakiman yang tersebut di atas adalah akan melarikan diri, kamu adalah dengan ini diarahkan untuk menangkap .............................. tersebut dan membawanya dengan segera di hadapan Mahkamah dan jika Mahkamah tidak bersidang menyerahkannya kepada Penguasa Penjara Sivil, untuk ditahan sehingga persidangan Mahkamah yang akan datang di mana kamu hendaklah membawanya dengan segera di hadapan Mahkamah.

Dan kamu adalah dengan ini dikehendaki lagi dengan segera, selepas pelaksanaan Waran ini, mengembalikannya ke dalam Mahkamah dengan mengendorskan ke atasnya tempat, masa dan cara pelaksanaan.

Bertarikh pada..................................haribulan..................19.....

(Meteri)
Dengan Perintah
Pendaftar




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.