ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH



Seksyen 8. Kuasa Pendaftar menghendaki kehadiran, atau apa-apa butir atau maklumat lanjut.


(1) Pendaftar boleh menghendaki pemohon hadir sendiri di hadapannya untuk ditemuduga berhubungan dengan apa-apa perkara yang terkandung dalam permohonan itu atau yang berkaitan dengannya, atau boleh menghendaki orang yang dicadangkan sebagai ahli Jemaah hadir sendiri di hadapannya untuk membolehkan Pendaftar menentukan kesesuaian orang itu atau menghendaki secara bertulis apa-apa butir atau maklumat lanjut dibekalkan kepadanya berhubungan dengan permohonan itu atau apa-apa perkara yang terkandung di dalamnya atau yang berkaitan dengannya dalam apa-apa tempoh masa yang ditetapkan.

(2) Jika apa-apa butir atau maklumat lanjut yang dikehendaki secara bertulis untuk dibekalkan di bawah subseksyen (1) tidak dibekalkan kepada Pendaftar dalam masa yang dinyatakan atau apa-apa lanjutannya sebagaimana yang diarahkan oleh Pendaftar, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.