ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 122. Ketakhadiran pihak-pihak.

(1) Apabila sesuatu tindakan dipanggil untuk pendengaran, Mahkamah boleh-

(2) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman tentang tuntutan plaintif di bawah perenggan (b) atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (c) subseksyen (1) mengarahkan plaintif atau defendan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.

(3) Jika terdapat lebih daripada satu plaintif atau defendan, dan mana-mana satu daripada tiap-tiap pihak itu sahaja yang hadir, Mahkamah boleh rnendengar tindakan pihak yang hadir itu dan memutuskan tindakan mengikut subseksyen (1) dan (2) terhadap pihak-pihak yang tidak hadir.

(4) Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1) dan (3) membenarkan suatu penangguhan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.