ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 56. Peraturan bersaling dengan negeri-negeri lain.

(1) Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana negeri di Malaysia mengeluarkan saman di bawah peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa dalam negeri untuk memanggil mana-mana orang supaya hadir di Mahkamah tersebut dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, maka Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah boleh mengesahkan saman itu dengan menandatanganinya dan saman itu boleh disampaikan kepada orang yang berkenaan seolah-olah saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan menurut peruntukan Enakmen ini.

(2) Jika Mahkamah Syariah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan mengeluarkan saman memanggil mana-mana orang supaya hadir di Mahkamah Syariah dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam mana-mana negeri lain di Malaysia dan saman itu telah disampaikan kepada orang itu menurut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa dalam negeri itu, maka saman itu hendaklah bagi maksud Enakmen ini disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sah seolah-olah penyampaian itu telah disempurnakan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.