ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XII - ACARA AM



Seksyen 237. Kehadiran dengan berwakil.


(1) Seseorang yang dituduh dalam sesuatu pembicaraan jenayah hendaklah hadir dengan sendirinya dan hendaklah dibenarkan tertakluk kepada seksyen 236 mendapat pertolongan seorang peguam pilihannya.

(2) Dalam pembicaraan mal, sesuatu pihak itu boleh hadir dengan sendirinya atau diwakili oleh seorang wakil atau oleh seorang peguam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.