ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN VI - KUMPULAN WANG WAKAF
Seksyen 27. Perbelanjaan yang boleh dipertanggungkan ke atas Kumpulan Wang Wakaf.
(1) Kumpulan Wang Wakaf boleh dibelanjakan bagi maksud-maksud yang berikut:
(a)
melaksanakan tujuan harta itu diwakafkan;
(b)
membayar semua kos pentadbiran
mawquf
tertakluk kepada seksyen 16;
(c)
membiayai kos penyenggaraan dan pembangunan
mawquf
;
(d)
membayar fi perkhidmatan perundingan;
(e)
membuat pembayaran bagi penyelidikan dan pembangunan;
(f)
membuat pelaburan di bawah skim wakaf; dan
(g)
melaksanakan peruntukan Enakmen ini.
(2) Majlis boleh membeli apa-apa harta untuk diwakafkan dengan menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Wakaf atau
Baitulmal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.