ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 137. Makanan dalam bulan Ramadan.


(1) Sesiapa jua orang Islam pada waktu siang hari dalam bulan Ramadan membeli apa-apa barang untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta merta atau menjualnya kepada seorang yang berugama Islam untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta merta adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum denda tidak lebih daripada lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tujuh hari dan bagi kesalahan yang kedua atau bagi tiap-tiap kesalahan yang berikutnya didenda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau dipenjara tidak lebih daripada lima belas hari.

(2) Sesiapa jua orang Islam yang tidak harus pada Hukum Syara' berbuka puasa memakan atau meminum sebarang makanan atau minuman atau menghisap apa-apa benda sahaja pada siang hari dalam Bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum denda tidak lebih daripada lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tujuh hari dan bagi kesalahan yang kedua atau bagi tiap-tiap kesalahan yang berikutnya didenda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.