ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN IX - PENALTI
Seksyen 133. Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah.
(1) Tanpa menjejaskan hak mana-mana orang yang mempunyai kepentingan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah Enakmen ini untuk menguatkuasakan perintah di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang telah membuat perintah itu, dalam hal kegagalan dengan sengaja untuk mematuhinya, boleh, jika perintah sedemikian menghendaki
pembayaran apa-apa amaun, mengarahkan amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevi denda yang dikenakan oleh Mahkamah atau boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan kepada orang yang dengan sengaja gagal mematuhinya jika perintah pembayaran tiap-tiap bulan masih belum dibayar, atau, dalam mana-mana hal yang lain, pembayaran satu tahun yang masih belum dibayar.
(2) Mahkamah boleh-
(
a
) jika perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) menetapkan bagi pembayaran dibuat secara bulanan, menghukum orang yang dengan sengaja gagal mematuhinya dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu bulan bagi setiap bayaran bulanan yang masih belum dibayar; dan
(
b
) dalam mana-mana hal lain, menghukum orang yang dengan sengaja tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun bagi mana-mana pembayaran yang masih belum dibayar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.