ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 97. Dengan sengaja mencela atau mengganggu penjawat awam yang sedang menjalankan prosiding kehakiman pada mana-mana peringkat.

Mana-mana orang yang dengan sengaja membawa pencelaan atau menyebabkan apa-apa gangguan kepada mana-mana orang penjawat awam, ketika penjawat awam itu sedang menjalankan prosiding kehakiman pada mana-mana peringkat, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.