ENAKMEN 9 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 2 - DARIHAL PENDAKWAAN



Seksyen 184. Menggunakan khidmat Peguam Syar'ie.

(1) Dengan kelulusan Majlis, seorang Peguam Syar'ie boleh dilantik oleh Ketua Pendakwa Syar'ie untuk menjalankan apa-apa pendakwaan, atau untuk hadir dalam mana-mana rayuan bagi pihak Ketua Pendakwa Syar'ie.

(2) Peguam Syar'ie yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar daripada wang awam apa-apa saraan sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis, dan semasa menjalankan pendakwaan atau rayuan itu Peguam Syar'ie itu hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.