ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM
Darihal Hak Mempertahankan Persendirian



Seksyen 31. Bila hak itu termasuk menyebabkan apa-apa kerosakan yang lain daripada kematian.

Jika kesalahan itu, apabila dilakukan, atau dicuba dilakukan, menyebabkan hak mempertahankan persendirian dijalankan, adalah kesalahan mencuri, khianat, atau pencerobohan jenayah, yang bukannya dari mana-mana jenis yang disenaraikan dalam seksyen 30, maka hak itu adalah tidaklah termasuk menyebabkan kematian dengan sengaja, tetapi, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang tersebut dalam seksyen 26, adalah termasuk menyebabkan dengan sengaja kepada orang yang berbuat salah itu apa-apa kerosakan yang lain daripada kematian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.