ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 54. Sekatan pembinaan masjid.

(1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan sebagai masjid atau madrasah atau menjadikan atau menggunakan sebaliknya mana-mana bangunan bagi tujuan masjid atau madrasah atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan digunakan sebagai masjid atau madrasah.

(2) Majlis tidak boleh memberi kebenaran di bawah subseksyen (1), kecuali tapak bangunan bagi masjid atau madrasah yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf kekal selama-lamanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.