ENAKMEN 17 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN X - AM



Fasal 136. Pemansuhan.

(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1990 [Enakmen No.5 Tahun 1990] adalah dimansuhkan.

(2) Semua prosiding yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

(3) Pemansuhan ini tidaklah menyentuh perjalanan terdahulu Enakmen yang dimansuhkan atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau dilakukan di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.