ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XXII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 220. Dana tak dituntut, dsb.

(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, dana di dalam Mahkamah dan semua barang kemas, sekuriti dan harta alih, selain wang, dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehendaki bagi maksud perbicaraan atau prosiding, yang tidak dituntut selepas lima belas tahun, hendaklah menjadi harta dan terletak hak pada Baitulmal.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak menuntut dan jika berpuas hati bahawa pihak menuntut itu berhak kepada wang atau harta yang terletak hak pada Baitulmal di bawah subseksyen (1), memerintahkan Baitulmal membayar wang atau memulangkan harta itu atau nilai harta itu kepada pihak menuntut itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.