ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VII
BAB XXIX - PERKARA AM



Seksyen 231. Salinan rekod prosiding.

(1) Jika pengadu atau orang yang dituduh atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan penghakiman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh Mahkamah ingin mendapat sesalinan mana-mana penghakiman, perintah atau mana-mana bahagian rekod prosiding, dia hendaklah atas permohonan untuk salinan tersebut, dibekalkan dengannya oleh Mahkamah:

Dengan syarat dia membayar fee yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk salinan itu, melainkan jika Mahkamah atas sebab-sebab istimewa memutuskan membekalkannya dengan percuma.

(2) Permohonan mendapat salinan rekod prosiding boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pendakwa Syarie, tanpa bayaran.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.