ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 36. Pindaan, ubahsuai atau pembatalan fatwa.

(1) Mufti boleh meminda, mengubah atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah terlebih dahulu dikeluarkan olehnya.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan ke atas sesuatu fatwa hendaklah dianggap menjadi fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 34 dan 35 hendaklah terpakai baginya.

(3) Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat mengikut kehendak seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.