ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 41. Mengingkari membantah terhadap Pegawai Majlis.

Mana-mana orang yang mengingkar, melanggar atau membantah mana-mana pegawai majlis atau Pendaftar Sekolah-sekolah Agama, Penyelia Agama atau pegawai masjid sewaktu menjalankan tugasnya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.