ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - JAMINAN



Seksyen 186. Amaun bon.

(1) Amaun bagi tiap-tiap bon yang dilaksanakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan mengambil kira hal keadaan kes itu supaya ia mencukupi untuk menjaminkan kehadiran orang yang ditangkap itu, tetapi hendaklah tidak berlebihan.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah boleh, dalam mana-mana kes, sama ada terdapat rayuan terhadap sabitan atau tidak, mengarahkan supaya seorang itu dibenarkan dijamin atau supaya jaminan yang dikehendaki oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah Rendah Syariah dikurangkan atau ditambahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.