ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996
BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 9. Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta persoalan atau fakta relavan.
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu kesimpulan yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menentukan pengenalan sesuatu benda atau seseorang yang pengenalannya adalah relevan, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya sesuatu fakta itu diuruskan adalah qarinah setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.
MISALAN
(a) Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen tertentu adalah wasiat
A
.
Keadaan harta
A
dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu adalah qarinah.
(b) A dituduh melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah itu
A
telah melarikan diri dari rumahnya adalah qarinah di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan yang kemudian daripada dan disentuh oleh fakta persoalan.
Fakta bahawa pada masa dia meninggalkan rumahnya itu dia ada urusan tiba-tiba dan mendesak di tempat dia pergi itu adalah qarinah sebagai mungkin menghuraikan fakta babak dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.