ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal Pelbagai Kesalahan dan sanksi untuk mendakwa



Seksyen 114. Menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadhan.

(1) Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa di dalam bulan Ramadhan, menjual atau memberi kepada orang yang beragama Islam makanan atau minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta-merta adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya dengan denda tidak lebih dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda tidak lebih satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.