ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 27. Kuasa menegah penerbitan.

(1) Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan sebarang buku, rekod, atau pita rakaman bunyi, suratan, risalah, filem, rakaman video, atau lain-lain bahan yang serupa sebagai penerbitan haram, jika ianya megandungi apa-apa perkara yang berlawanan dengan Hukum Syara' atau ajaran Agama Islam atau fatwa atau kaedah pengertian yang sah dikeluarkan.

(2) Bagi maksud-maksud seksyen ini, "filem" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Filem (Penapisan) 1952[Akta 35].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.