ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN V - PENERIMAAN DAN PENOLAKAN WASIAT



Seksyen 20. Penolakan sebelum dan selepas pewasiat mati.

(1) Sesuatu wasiat tidaklah terbatal sekiranya penolakannya dibuat sebelum seseorang pewasiat mati.

(2) Apabila seseorang benefisiari menolak wasiat keseluruhan atau sebahagiannya selepas mati seseorang pewasiat dan pada ketika itu benefisiari itu belum lagi menerimanya, bahagian yang ditolak itu hendaklah terbatal.

(3) Apabila seseorang benefisiari telah menerima wasiat setelah kematian seseorang pewasiat, tetapi selepas itu dia menolaknya keseluruhan atau sebahagian wasiat itu, penolakan itu hendaklah tidak sah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.