ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 157. Penghantaran rekod kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila seorang perayu telah mematuhi kehendak seksyen 153 dan 155, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dengan serta-merta menghantar kepada Mahkamah Rayuan Syariah empat salinan rekod prosiding kes itu, bersama dengan empat salinan notis rayuan dan petisyen rayuan.

(2) Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mengemukakan kepada responden atau Peguam Syarienya suatu salinan rekod prosiding kes itu serta suatu salinan notis rayuan dan petisyen rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.