ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VIII - PENDIDIKAN AGAMA



Seksyen 112. Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Agama.

(1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Agama untuk mengkaji semua aspek keperluan pendidikan agama Islam yang terdiri daripada -
(2) Setiausaha Majlis hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan Jawatankuasa.

(3) Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa mengeluarkan surat kebenaran bagi maksud mengajar mengenai apa-apa aspek agama Islam dan juga menarik balik surat kebenaran tersebut.

(4) Majlis boleh membuat ketetapan dan memberi arahan kepada Jawatankuasa berkenaan dengan -




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.