ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989
BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN
Seksyen 7. Tugas-tugas Jemaah.
(1) Anggota-anggota Jemaah hendaklah bertanggungjawab atas pengurusan Sekolah Islam secara bersesama dan masing-masing.
(2) Maka adalah menjadi tanggungjawab Jemaah-
(a)
untuk sentiasa menyelenggarakan dengan sepatutnya Sekolah Islam di bawah kawalannya;
(b)
untuk mematuhi arahan-arahan Pendaftar;
(c)
untuk menyelenggarakan rekod yang sepatutnya mengenai:
(i) guru-guru dan kakitangan sekolah Islam;
(ii) nama, umur dan jantina penuntut;
(iii) sumber kewangan Sekolah Islam;
(iv) kurikulum Sekolah Islam dan Kokurikulum;
(v) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki dari semasa ke semasa oleh Pendaftar.
(3) Jemaah hendaklah-
(a)
memberitahu Pendaftar tentang apa-apa perubahan kepada suratcara Sekolah Islam itu; dan
(b)
menghantar kepada Pendaftar segala maklumat yang diminta oleh Pendaftar.
(4) Jemaah boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Jemaah, seberapa ramai guru, pegawai dan pengkhidmat dan hendaklah mempunyai kuasa untuk menamatkan atau membatalkan mana-mana perlantikan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.