ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN, DLL.
Waran Geledah



Seksyen 48. Penggeledahan untuk orang yang ditahan secara salah.

Jika seseorang Hakim mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa seseorang telah ditahan di bawah keadaan yang mana penahanan itu merupakan satu kesalahan, dia boleh mengeluarkan satu waran geledah dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan boleh menggeledah untuk mendapatkan orang yang ditahan itu; penggeledahan tersebut hendaklah dibuat sebagaimana yang ditetapkan dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah dengan serta-merta dibawa ke hadapan Hakim yang hendaklah membuat apa-apa perintah sebagaimana di dalam keadaan kes didapati wajar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.