ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 6. Kuasa Majlis dalam hal ehwal Agama Islam dan 'Adat Melayu.

(1) Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan Agama Islam, kecuali perkara-perkara Hukum Syara' dan yang berhubung dengan pentadbiran, keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama dalam Negeri Perak Darul Ridzuan selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini.

(2) Majlis hendaklah juga membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berkaitan dengan 'Adat Melayu.

(3) Majlis hendaklah menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam semua hal mengenai meringan, menangguh atau mengurangkan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah:

Dengan syarat subseksyen ini tidak boleh menyentuh hak Duli Yang Maha Mulia Sultan memberi pengampunan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.