ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 120. Perkara-perkara yang tidak diperuntukkan.

Dalam perkara-perkara amalan dan prosedur dalam prosiding jenayah, yang tidak diperuntukkan dengan nyata baginya dalam Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang diperbuat di bawahnya, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian kepada mengelakkan berlakunya ketidakadilan dan kepada kelicinan perjalanan urusan dan bolehlah mengambil perhatian kepada amalan dan prosedur yang terdapat dalam mahkamah-mahkamah sivil dalam prosiding jenayah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.