ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 103. Prosedur mahkamah sekiranya soalan ditanya dengan tiada alasan-alasan yang munasabah.

Jika mahkamah berpendapat sesuatu soalan seperti yang tersebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan-alasan yang munasabah, maka mahkamah boleh jika soalan itu telah ditanya oleh seorang Peguam Syarie melaporkan hal keadaan itu kes kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor atau pihak berkuasa lain yang kepadanya Peguam Syarie itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.