ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PERUNTUKAN PELBAGAI BERHUBUNG DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 40. Kesalahan berhubung dengan akad nikah perkahwinan

(1) Mana-mana orang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-


adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang berkahwin, atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akad nikah, atau yang menjalani sesuatu cara akad nikah, dengan mana-mana orang berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.