ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN III - TANGGUNGJAWAB MAJLIS



Seksyen 15. Kuasa Majlis untuk menuntut sewa atau nilai.

(1) Majlis boleh mengenakan dan menuntut daripada mana-mana orang sewa atau nilai, termasuk hasil, atas apa-apa manfaat, faedah atau keuntungan yang diperoleh oleh orang itu daripada sesuatu mawquf yang orang itu tidak berhak ke atasnya.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Majlis boleh menentukan amaun sewa atau nilai yang boleh dikenakan berkenaan dengan mawquf itu.

(3) Jika sewa atau nilai, termasuk hasil, yang disebut dalam subseksyen (1) tidak dijelaskan, sewa atau nilai, termasuk hasil itu, boleh didapatkan melalui tindakan sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.