ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 39. Nas yang akan diakui.

(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 34 atau 36 atau memberi atau mengesahkan sebarang pendapat di bawah seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie.

(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad dari Mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad dari Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki atau Mazhab Hambali.

(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada suatu daripada qaul muktamad empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah memutuskan masalah itu mengikut pendapatnya dengan tidak terikat dengan qaul muktamad mana-mana Mazhab tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.