ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 26. Kuasa-kuasa yang kena diikut.

(1) Dalam membuat dan mengeluarkan sebarang fatwa atau kaedah pengertian atas apa-apa perkara mengenai Hukum Syara' menurut seksyen 25, maka hendaklah Jawatankuasa Fatwa itu berpandukan kepada Mazhab Syafi'i, kecuali bagi maksud kemuslihatan dan kebajikan orang-orang Islam maka bolehlah ia mengeluarkan fatwa atau kaedah pengertian berpandukan kepada mana-mana Mazhab yang empat atau Mazhab lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Fatwa.

(2) Dalam membuat dan mengeluarkan sebarang kaedah pengertian atas apa-apa perkara mengenai adat Melayu menurut seksyen 25, maka hendaklah Majlis mengambil perhatian kepada adat Melayu yang diamalkan di dalam Negeri ini, dan, jika perkara itu berkait dengan apa-apa cara dengan Hukum Syara', hendaklah merujukkan perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa untuk mendapat nasihatnya.

(3) Mana-mana fatwa atau kaedah pengertian hendaklah disiarkan dalam Warta jika sekiranya Yang Maha Mulia Sultan atau Pesuruhjaya menetapkan demikian dan dengan itu terikatlah ke atas semua orang Islam yang bermastautin di dalam Negeri ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.