ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 4 - PERHUBUNGAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Fasal 119. Menentukan bahawa saksi ‘adil.

Jika seorang saksi telah memberikan keterangannya melalui syahadah dan Hakim mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa dia tidak ‘adil, Mahkamah hendaklah terlebih dahulu memerintahkan supaya saksi itu diperiksa sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Huraian - Jika didapati oleh Hakim bahawa seorang saksi yang telah memberikan syahadah tidak boleh dipercayai dia hendaklah menyebabkan saksi itu diperiksa untuk menentukan sama ada dia seorang yang ‘adil atau sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.